RSS

AWAS KEGUGURAN

Keguguran adalah perkara yang amat ditakuti oleh setiap wanita mengandung. Keguguran merupakan satu keadaan yang terjadi akibat kegagalan janin untuk terus berpaut pada dinding rahim iaitu janin keluar dari plasenta dan kantung ketuban. Keguguran banyak terjadi pada usia kandungan 3 bulan pertama.

Kenapa berlakunya keguguran?
  • Penyebab paling umum adalah disebabkan oleh kelainan kromosom anak yang sedang berkembang. Hal ini boleh berlaku kerana cacat genetic pada janin (kegagalan janin) yang disebabkan oleh masalah telur atau sperma yang membawa kelainan genetic. Potensi kerosakan gen lebih tinggi terjad pada wanita yang mengandung di lewat usia (lebih dari 35 tahun)
  • Faktor lain yang menyebabkan keguguran ada lah stress. Otak akan merembeskan bebrapa hormon. Salah satnunya ialah Cortikotropin Releasing Hormone (CRH). Melalui penelitian, wanita yang lahir bayi pra matang dan mengalami keguguran mempunyai kandungan CRH yang tinggi dalam aliran darah. CRH adalah hormon otak yang mengeluarkan reaksi terhadap stress fizik atau emosional yang juga dihasilkan di plasenta dan rahim. Ini akan menggalakkan kontraksi pada rahim anda
  • Gaya hidup wanita mengandung sebelum kehamilan ataupun sepanjang kehamilan juga mungkin menjadi penyebab keguguran. Antaranya merokok, mengambil ubat-ubat terlarang dan penyalahgunaan alcohol.
  • Selain itu, ketidakseimbangan hormon,  jangkitan, diabetes, penyakit jantung, ginjal, atau hati, gangguan kekebalan tubuh, masalah rahim, dan sebagainya penyebab keguguran
  • Beban kerja yang berlebihan juga merupakan factor berlakunya keguguran. Elakkan mengangkat benda berat. Mintalah bantuan dari orang lain demi kandungan anda
  • Senaman atau aktiviti olah raga yang keterlaluan atau berlebihan juga penyebab keguguran. Contohnya bermain bola jarring, menunggang basikal dan aktiviti lain yang banyak menggunakan tenaga dan memerlukan anda melompat, bergerak pantas
  • Terlalu banyak mengambil kafien , kopi atau coca cola (minuman bergas) iaitu lebih dari 6 gelas sehari dapat meningkatkan risiko terjadinya keguguran
Sebaiknya, jagalah kandungan anda sebaik mungkin terutama ketika kandungan anda di trimester pertama kerana ia masih terlalu lemah.