Cairan vaginal yang keluar dalam jumlah yang tertentu adalah normal. Tetapi sekiranya keluar dalam jumlah yang banyak dan agak berbau adalah abnormal. Ia juga dikenali sebagai keputihan atau jakitan kulat. Keputihan ini adalah disebabkan jangkitan kulat, bacteria, parasit, virus dan juga gangguan hormon. Kebanyakan wanita yang sedang mengandung akan mengalami masalah ini. Secara asanya, ketika mengandung vagina akan lebih banyak mengeluarkan cecair berbanding ketika tidak mengandung kerana perubahan hormone estrogen di dalam badan.
Pada kebiasaanya, jangkitan ini berlaku pada trimester ketiga. Sekiranya keputihan ini tidak diatasi dengan segera, ia akan mengakibatkan pendarahan yang seterusnya akan menyebabkan ketuban pecah, kelahiran pra matang, bayi lahir dengan berat yang rendah (ringan) dan juga jangkitan rahim ketika bersalin.Malah menurut kajian terdapat juga risiko keguguran berlaku ketika trimester kedua.
Oleh itu, di sini disertakan senarai beberapa tips langkah-langkah penjagaan awal:
- Elakkan menggunakan seluar dalam yang ketat atau diperbuat dari bahan yang panas (tidak serap peluh). Hal ini kerana akan menyebabkan peredaran udara tidak sempurna dan organ sulit wanita menjadi lembab. Maka, ia akan menggalakkan pembiakan kulat atau bacteria yang menyebabkan keputihan
- Jangan terlalu kerap menggunakan pencuci wanita atau pewangi di organ sulit wanita kerana akan mengganggu keasidan vagina
- Mengawal stress dan kepenatan dengan baik kerana stress dan kepenatan ini akan menggalakkan terjadinya keputihan
- Menjaga kebersihan organ sulit wanita dengan kerap ganti seluar dalam
- Makan makanan yang seimbang dan baik untuk kesihatan organ sulit anda. Contohnya yogurt
Sekiranya anda telah menghidapi keputihan. Ini adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:
- Kurangkan makan makanan dan minuman manis terutama yang mengandungi gula, madu, sirap dan soda
- Perbanyakkan makanan dan minuman yang sihat seperti yogurt kerana bacteria baik yang ada di dalam yogurt boleh menjaga keasidan dan sekaligus melawan bacteria jahat di vagina anda
- Kerap menukar seluar dalam anda dan hanya gunakan seluar dalam yang betul-betul bersih dan kering
- Berhenti dari menggunakan pencuci wanita. Cukup sekadar menggunakan wair yang bersih
- Sekiranya keadaan anda makin teruk, segeralah berjumpa doctor untuk dapatkan nasihat dan pengawasan
0 comments:
Post a Comment