RSS

TANDA-TANDA ANDA HAMIL

Menjadi seorang ibu dan ayah adalah impian setiap insan yang telah berumahtangga. Kehadiran cahaya mata amat bermakna sebagai penyeri dan pengikat kasih antara suami isteri. Namun segala-segalanya ditentukanNYA.Kita hanya mampu berusaha, berserah dan sentiasa berdoa padaNYA. Percayalah setiap yang berlaku di muka bumi ini ada hikmahnya. Usah berduka sekiranya belum dikurniakan cahaya mata. Teruskan usaha dan memohon padaNYA..InsyaAllah..


Eh HAMIL ke???? pasti soalan ini pernah terlintas difikiran anda terutama kepada wanita yang belum pernah hamilkan.. :) JOM tengok list kat bawah ni..kalau anda alaminya..kemungkinan besar anda HAMIL..

  1. Breast terasa bengkak dan sakit - amat sensitif terhadap sentuhan. Ini kerana peningkatan kadar hormn dalam badan. Rasa sakit tu lebih sedikit dari time period.
  2. Cepat letih - rasa tidak bertenaga dan mengantuk je rasa...ni pulak di sebabkan hormon progestron meningkat.
  3. Pendarahan - Ada sesetengah kaum wanita yang akan alami sedikit pendarahan sekitar 11-12 hari pembuahan iaitu dekat time anda terlambat period.  Perdarahan ini mungkin disebabkan oleh sel telur yang telah dibuahi masuk kedalam lapisan darah di uterus anda. Proses ini bermula 6 hari setelah pembuahan. Tetapi..pendarahan ni sikit je tau..kalau banyak tu dan rasa sakit kat bahagian ari-ari tu..better jumpa doktor ye..
  4. Loya dan rasa mual (morning sickness) - pada kebiasaanya, berlaku pada awal kehamilan iaitu 2 minggu selepas lewat period hinggalah minggu ke 8. Keadaan ini akan menjadi stabil pada minggu ke 12 kerana badan anda sudah dapat menyesuaikan diri pada aras hormon yang tinggi.
  5. Mengalami perut kembung
  6. Lebih kerap buang air kecil - Pada peringkat awal kehamilan, buah pinggang bekerja lebih kuat lagi dan menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi dengan air kencing.
  7. Sering alami perubahan emosi - Contohnya, menjadi lebih sensitif, cepat tersentuh, mudah marah, mudah menangis dan lain-lain lebih dari biasa.
  8. Kurang selera makan - Keadaan anda yang rasa mual boleh menyebabkan anda kurang berselera untuk makan.
  9. Lambat datang haid
  10. Areola menjadi lebih gelap - Pada kehamilan awal, daerah areola (daerah gelap yang mengelilingi puting payudara) mulai menjadi lebih gelap dan diameternya membesar.
Nak kepastian, buat "pregnancy test". Pregnancy test ni ada jual kat semua farmasi, watson dan guardian.  :)

0 comments:

Post a Comment